Pengukuran

Dalam topik ini, kita akan belajar mengenai asas yang paling penting dalam dunia Sains, iaitu pengukuran. Tanpa kaedah pengukuran yang sistematik, pemerhatian dan bacaan yang dibuat semasa uji kaji tidak akan membawa makna dan tidak boleh digunapakai oleh sesiapa pun.

Sebagai contoh, tanpa ukuran yang betul, isipadu kuboid di bawah tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk yang kita fahami, adakah kuboid itu kecil atau besar?

Maka untuk melaksanakan kaedah pengukuran yang betul, kita kena bermula dengan memahami kaedah mengkuantitikan sesuatu ukuran; kaedah tersebut akan dibincangkan dalam subtopik kuantiti fizik.

Seterusnya, bagaimanakah pengukuran yang dibuat boleh memberi maklumat yang berguna dalam satu penyiasatan saintifik? Penyiasatan saintifik lazimnya berfungsi untuk membuktikan samada satu hipotesis itu benar atau palsu.

Sebentar, adakah anda ingat lagi apa itu hipotesis?

“Hipotesis ialah satu pernyataan yang menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah yang bergerak balas dengan pemboleh ubah yang dimanipulasikan.” 

Sebagai contoh, bagi kuboid di atas, jika panjangnya bertambah, adakah isipadunya bertambah atau berkurang? Apakah kaedah yang boleh kita buat untuk membuat kesimpulan mengenai soalan tersebut?

Jawapannya ada pada subtopik Penyiasatan Saintifik.

Anda boleh ke halaman subtopik berkaitan di pautan berikut:

1.1 Kuantiti Fizik

1.2 Penyiasatan Saintifik