Perkembangan Bidang Kimia

Perkembangan Bidang Kimia dan Kepentingan dalam Kehidupan

Dalam dunia hari ini, istilah kimia ialah istilah yang biasa didengar. Dalam fiksyen-fiksyen sains, lazimnya istilah-isitlah kimia digunapakai dengan murah seperti biokimia, tindak balas kimia, bahan kimia, senjata kimia dan seumpamanya. Tetapi itukah realiti kimia dalam kehidupan kita sebenarnya?

Jika anda seorang yang arif tentang kimia, pastinya jawapan anda ialah, tidak!

Jadi, apa itu kimia sebenarnya?

Maksud Kimia

Kimia ialah kajian mengenai jirim, sifat-sifatnya, kenapa dan bagaimana bahan-bahan jirim itu boleh digabungkan atau dipisahkan daripada satu sama lain, dan bagaimana bahan-bahan jirim itu bertindak balas dengan tenaga.

Walaupun benar ahli kimia lazimnya dipaparkan memakai jubah makmal, gugel pelindung mata, dan memegang radas makmal berisi cecair bewarna, tetapi sebenarnya kita semua berinteraksi dengan bahan kimia dalam kehidupan kita, maka mempelajari kimia adalah penting, kerana semua benda adalah kimia.

Bahan Kimia dalam Kehidupan Harian

Seperti yang dinyatakan di atas, semua benda ialah kimia, dengan kata lain, semua bahan-bahan yang anda berinteraksi dengannya di hadapan anda sekarang ialah bahan kimia.

Tetapi jangan risau, bahan kimia tidak bermaksud bahawa bahan tersebut sinonim dengan toksik ataupun boleh meracun anda.

Jika anda sedang duduk atas kerusi kayu sekarang, kayu sebenarnya terbentuk daripada rangkaian selulosa yang terdiri daripada gabungan karbon, hidrogen, dan oksigen. Jika kerusi itu bercat, maka cat itu mungkin mengandungi pigmen warna daripada logam oksida seperti ferum (II) oksida dan seumpamanya.

Jika anda sedang membaca tulisan ini di skrin LCD, cecair dalam skrin tersebut dibuat daripada gabungan beberapa bahan kimia organik yang terdiri daripada karbon, hidrogen, nitrogen, dan oksigen. Kaca LCD itu pula pastinya mengandungi silikon.

Air yang anda minum terbina daripada hidrogen dan oksigen. Perisa dan pemanis minuman anda pastinya mengandungi bahan kimia organik seperti asid sitrik dan sukrosa.

Makanan yang anda ambil tadi, kebarangkalian besar dihasilkan daripada tumbuhan yang menerima baja yang kaya dengan nitrogen, kalium, dan fosforus.

Semua benda ialah kimia!

Teruskan belajar kimia.