Janjang ialah satu jujukan nombor contohnya 2, 3, 4, 5, dan seterusnya. Dalam topik ini, anda akan belajar mengenai dua jenis janjang, iaitu janjang aritmetik dan janjang geometri. Pembelajaran akan bermula dengan mengenali peraturan bagi setiap jenis janjang, formula umum bagi sebutan dan hasil tambah sebutan, kemudian kemahiran penyelesaian masalah matematik yang berkaitan.

1.1 Janjang Aritmetik

Jujukan nombor yang setiap sebutan berturutan mempunyai beza sepunya.

1.2 Janjang Geometri

Jujukan nombor yang setiap sebutan berturutan mempunyai nisbah sepunya.