Membina Automasi Ringkas dalam Operasi IKS

Saya akan buktikan, pengaplikasian automasi ringkas dalam tugasan pejabat sebenarnya sangat membantu dalam meningkatkan kecekapan operasi harian. Terutamanya bagi IKS, yalah, sumber tenaga dan wang terhad. Produktiviti harian pula tersangatlah penting untuk kelangsungan syarikat.

Izinkan saya ceritakan, semasa bertugas sebagai pengurus sebuah pusat tuisyen, saya perhatikan kesalahan dalam laporan tuntutan kewangan bagi kakitangan dan tutor adalah masalah yang berulang-ulang. Continue reading “Membina Automasi Ringkas dalam Operasi IKS”

Tahun 2020 Tiada Kereta Terbang?

Sejak tahun 2003 saya dah tahu pada tahun 2020 tak ada kereta terbang.

Ataupun sekurang-kurangnya, tiada kereta terbang seperti yang divisualisasikan oleh artis-artis Wawasan 2020 semasa saya di sekolah rendah.

Sebabnya, tahun itu, saya mula belajar fizik. Saya mula faham konsep paduan daya; untuk ‘menerbangkan’ sesuatu kita perlu mempunyai daya angkat untuk melawan berat objek tersebut.

Continue reading “Tahun 2020 Tiada Kereta Terbang?”