Membina Automasi Ringkas dalam Operasi IKS

Saya akan buktikan, pengaplikasian automasi ringkas dalam tugasan pejabat sebenarnya sangat membantu dalam meningkatkan kecekapan operasi harian. Terutamanya bagi IKS, yalah, sumber tenaga dan wang terhad. Produktiviti harian pula tersangatlah penting untuk kelangsungan syarikat.

Izinkan saya ceritakan, semasa bertugas sebagai pengurus sebuah pusat tuisyen, saya perhatikan kesalahan dalam laporan tuntutan kewangan bagi kakitangan dan tutor adalah masalah yang berulang-ulang. Continue reading “Membina Automasi Ringkas dalam Operasi IKS”

Mengenali Percepteron

Lihat rajah-rajah di bawah, bolehkah anda tentukan jika imej tersebut ialah segi tiga atau tidak?

Jika anda dapat kelaskan imej 1, 3, dan 4 sebagai segitiga manakala imej 2 dan 5 sebagai bukan segitiga, tahniah! Neuron-neuron anda mampu berfungsi dengan baik dan membolehkan anda mengelaskan bentuk segitiga dengan betul.

Sekarang, bayangkan jika anda mahu mengajar sebuah mesin untuk melakukan perkara yang sama, bagaimana anda mahu melaksanakannya?

Frank Rosenblatt ada jawapannya… Continue reading “Mengenali Percepteron”

Tahun 2020 Tiada Kereta Terbang?

Sejak tahun 2003 saya dah tahu pada tahun 2020 tak ada kereta terbang.

Ataupun sekurang-kurangnya, tiada kereta terbang seperti yang divisualisasikan oleh artis-artis Wawasan 2020 semasa saya di sekolah rendah.

Sebabnya, tahun itu, saya mula belajar fizik. Saya mula faham konsep paduan daya; untuk ‘menerbangkan’ sesuatu kita perlu mempunyai daya angkat untuk melawan berat objek tersebut.

Continue reading “Tahun 2020 Tiada Kereta Terbang?”

Kenapa hantar Tesla Roadster ke angkasa?

Saya ada terbaca satu pos yang menyatakan Elon Musk mambazirkan 90 juta USD untuk mnghantar Tesla Roadsternya ke angkasa untuk berseronok-seronok.

Baik, memang dalam wawancara bersama CBS News, Musk menyatakan tidak ada apa-apa tujuan sebenar pun menghantar keretanya ke Marikh, semuanya dilakukan untuk berseronok-seronok dan mengujakan orang ramai. Continue reading “Kenapa hantar Tesla Roadster ke angkasa?”

Apa cerita pelancaran Falcon Heavy?

Semalam SpaceX berjaya melancarkan roket Falcon Heavy ke angkasa lepas.

Sebahagian besar antara kita mungkin menonton siaran langsung daripada kamera yang dipasang pada kereta Tesla merah yang menumpangkan boneka bersut angkasa lepas SpaceX, Starman.

[Siaran itu dulunya ada di https://www.youtube.com/watch?v=y3niFzo5VLI&w=560&h=315]

Pada saya, siaran itu memberi pandangan yang menakjubkan dan dalam masa yang sama, lucu.

Mungkin itulah yang Elon Musk mahukan. Tahukah anda dalam Tesla merah tersebut ada kereta mainan model Tesla yang di dalamnya ada anak patung Starman?

Musk berjenaka jika ada makhluk asing menjumpai kereta mainan dalam Tesla merahnya, pasti makhluk asing tersebut keliru, apa mesej yang mahu disampaikan oleh orang Bumi.

Continue reading “Apa cerita pelancaran Falcon Heavy?”