Pengangkutan

Hei!

Selamat datang ke topik Pengangkutan.

Dalam topik ini, kita akan belajar mengenai sistem pengangkutan bagi manusia, haiwan, dan tumbuhan. Anda telah pun didedahkan sedikit semasa di peringkat menengah rendah, iaitu di topik sistem pengangkutan dan peredaran.

Sistem pengangkutan ialah sistem yang membolehkan tubuh badan satu organisma memindahkan sesuatu bahan dari satu lokasi ke lokasi yang lain dalam badan kita.

Adakah semua organisma mempunyai sistem pengangkutan?

Adakah organisma-organisma tersebut mempunyai sistem pengangkutan yang sama?

Bagaimana pula sistem pengangkutan berfungsi?

Kita akan belajar itu semua dan lebih lagi dalam topik ini. Topik ini dibincangkan melalui pembahagian berikut:

1.1 Kepentingan Mempunyai Sistem Pengangkutan bagi Sebahagian Organisma Multisel

1.2 Sistem Peredaran

1.3 Mekanisma Pembekuan Darah

1.4 Sistem limfa

1.5 Peranan Sistem Peredaran dalam Mekanisma Pertahanan Badan

1.6 Menghargai Sistem Kardiovaskular yang Sihat

1.7 Pengangkutan Bahan-bahan dalam Tumbuhan